IBADAH QURBAN

Pemilikan lokasi qurban

Pemilihan tempat / lokasi pelaksanaan Ibadah Qurban / Aqiqah mengambil kira keutamaan berikut :-

a) Lingkungan negara serantau,

b) Kepadatan / bilangan penduduk berpendapatan rendah,

c) Ketiadaan / kurang pelaksana-pelaksana lain di tempat tersebut,

d) Kawasan bencana / musibah, dan

e) Kawasan kamuniti minoriti Muslim (luar negara)

 

Kaedah Sistematik Pelaksanaan Qurban oleh YaPEIM

Selain meneruskan pelaksanaan secara tradisional (masjid / surau / dewan orang ramai), Koperasi juga menyediakan kaedah pelaksanaan secara berpusat iaitu dilaksanakan di rumah-rumah sembelihan yang mempunyai kelengkapan sembelihan yang lengkap dan terkini.

Jarak pemusatan ini adalah melibatkan kampung yang berdekatan dengan pusat sembelihan tersebut atau jarak diantara 20 ke 50 km.

Kaedah ini dijangka mampu meningkatkan lagi imej pelaksanaan ibadah qurban disamping memelihara kebersihan dan keselesaan kepada peserta.

Pengurusan qurban di luar Negara adalah oleh Urusetia (wakil Rakan Serantau/Pelaksana) yang dilantik YaPEIM dari institusi diiktiraf oleh RISEAP atau badan berdaftar dengan kerajaan di mana Program Ibadah Qurban YaPEIM dilaksanakan.

Urusan penyembelihan dan agihan daging qurban akan dipantau serta dikawal selia oleh pihak Koperasi/ Urusetia. Peserta boleh menghubungi Koperasi jika ingin turut serta dalam program ibadah qurban.

Sijil pengesahan pelaksanaan hanya dikeluarkan kepada Peserta yang mendaftar sebagai peserta Tabung Ibadah Qurban YaPEIM.