INFO BAYARAN

Bayaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

a) Harga Qurban / Aqiqah

Bermula tahun 2014, kadar penyertaan Ibadah Qurban YaPEIM adalah pelbagai kadar mengikut harga lembu semasa di Negara pelaksanaan ibadah qurban.

• Tertakluk kepada perubahan kadar harga binatang qurban di negara-negara pelaksana

• Harga qurban / aqiqah yang dikemukakan adalah termasuk caj pengurusan pelaksanaan.

b) Harga Pakej Ziarah / Lawatan

Harga pakej termasuk kos pengurusan bagi penginapan dan pengangkutan, makan pagi/tengahari/malam, kos pemandu pelancong dan lain-lain kos yang ditetapkan oleh agen. (ground service)

Pakej ziarah tidak termasuk kos penerbangan atau visa (jika ada) atau kos membeli cenderahati, makan/minum selain dari pakej dan perbelanjaan keperluan peribadi.

c) Pakej kenduri / Jamuan Kasih

Berdasarkan keupayaan dan keikhlasan Peserta atau penyumbang.

d) Pakej Dapur Ehsan – Barangan keperluan harian dapur seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain

Berdasarkan keupayaan dan keikhlasan Peserta atau penyumbang.