Tabung Ibadah Qurban merupakan inisiatif terbaharu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam usaha memperkukuh ekonomi ummah. Tabung ini dikendalikan oleh Koperasi Ibadah Qurban YaPEIM Berhad dan didaftarkan oleh YaPEIM di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 17 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432H.

OBJEKTIF

Objektif utama Tabung Ibadah Qurban diperkenalkan adalah untuk:

a)   Meningkatkan kesedaran dan penyertaan masyarakat dalam pelaksanaan ibadah qurban secara terancang;

b)   Menyediakan kemudahan tabungan bayaran qurban secara ansuran; dan

c)   Melaksana dan mengagih daging qurban secara terancang untuk manfaat yang optimum kepada masyarakat Islam secara keseluruhan.

 

PERKHIDMATAN & AKTIVITI

Perkhidmatan utama adalah seperti berikut:

a)   Tabungan;

b)   Ibadah Qurban.

Perkhidmatan dan aktiviti lain:

a) Ibadah Aqiqah.

b) Sumbangan Amal Jariah seperti barangan keperluan harian, makanan, pakaian & kenduri.

c) Ziarah/lawatan ke tempat/ negara pelaksana Ibadah qurban dilaksanakan.