KENYATAAN PRIVASI BERKAITAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

 

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedang menjalankan satu usaha untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Bagi mematuhi Akta tersebut, kami dikehendaki untuk menguruskan data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda.

 

YaPEIM selepas ini dirujuk sebagai “YaPEIM” / “kami” termasuk syarikat induk kepada YaPEIM, institusi milik penuh/ di bawah kawalan YaPEIM, syarikat-syarikat bersekutu, gabungan syarikat-syarikat, wakil-wakil dan pejabat-pejabat cawangan mengambil data peribadi untuk tujuan menyediakan produk dan perkhidmatan kami (dirujuk sebagai “produk Kumpulan YaPEIM”). Kenyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana data dari “Individu Dikenalpasti” / “Anda” diambil, digunakan, diproses, dan dilindungi.

 

JENIS DATA PERIBADI ANDA

 

Data peribadi anda yang kami ambil berkaitan dengan kemudahan produk Kumpulan YaPEIM yang anda pohon atau telah dipohon oleh pihak lain tetapi tanggungannya dijamin oleh anda atau pihak yang anda menjadi wakil atau diberi kuasa atau pihak yang berkaitan dengan anda dianggap telah disetujui dan diizinkan anda.

 

Maklumat peribadi anda juga mungkin kami peroleh dari sumber-sumber lain termasuk tetapi tidak terhad dari mana-mana pihak seperti badan kawal selia, mana-mana agensi rujukan kredit, agensi pencegahan penipuan dan rujukan jenayah kewangan, majikan anda, penjamin atau pembekal cagaran anda dan sumber lain di mana YaPEIM mempunyai akses.

 

TUJUAN PENGAMBILAN DATA PERIBADI ANDA

 

Tujuan kami mengambil dan memproses data peribadi anda bergantung kepada bentuk hubungan anda sebagai subjek data dengan kami. Umumnya tujuan melibatkan sebahagian atau keseluruhan dari tujuan-tujuan (“Tujuan”) berikut:-

 

  • Untuk meminta dan memperolehi kesemua maklumat dan data peribadi yang diperlukan bagi tujuan memproses permohonan kemudahan produk Kumpulan YaPEIM dan semua tujuan-tujuan lain berkaitan dengan mana-mana produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh YaPEIM.
  • Untuk memberi tindak balas yang bersesuaian terhadap sebarang pertanyaan dan/atau aduan anda serta untuk menyelesaikan sebarang pertikaian.
  • Untuk memberi sokongan kepada pihak YaPEIM berkenaan dengan proses dan prosedur yang berkaitan seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisis statistik dan pemodelan, membuat laporan, audit dan pengurusan risiko serta untuk mengelakkan sebarang penipuan dari semasa ke semasa.
  • Untuk memaklumkan anda dengan produk dan perkhidmatan terbaru kami termasuk untuk tujuan jualan silang, pemasaran, promosi, tawaran dan pertandingan termasuk produk dan perkhidmatan anak-anak syarikat atau sekutunya (“Pemasaran Langsung”).
  • Untuk tujuan-tujuan lain seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan-peraturan yang berkaitan.

 

PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA

 

Pihak YaPEIM tidak akan mendedahkan data peribadi anda termasuk alamat, nombor telefon ataupun email kepada mana-mana pihak luar selain daripada senarai di bawah (“Pihak-Pihak Dibenarkan”) bagi tujuan yang tersebut kecuali pihak YaPEIM mendapatkan kebenaran daripada anda atau samada di bawah tuntutan undang-undang atau mana-mana tanggungjawab bagi mendedahkan maklumat:-

1.  Mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau pengarah YaPEIM, syarikat induk kepada YaPEIM, institusi milik penuh/ di bawah kawalan                     YaPEIM, syarikat-syarikat bersekutu, gabungan syarikat-syarikat, wakil-wakil dan pejabat-pejabat cawangan;

2. Pihak-pihak ketiga seperti penasihat professional atau ejen-ejen mereka, rakan-rakan kongsi strategik, pembekal-pembekal perkhidmatan,          syarikat insurans / pengendali takaful, pembekal dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga, peniaga-peniaga, vendor-vendor, yang tertakluk        di bawah tanggungjawab kerahsiaan kepada YaPEIM;

3. Mana-mana pemegang serah hak sebenar atau pun yang berpotensi, “novatee” atau penerima pindahan hak-hak dan / atau tanggungjawab        YaPEIM di bawah apa-apa transaksi di antara YaPEIM dan anda atau mana-mana ejen atau penasihat professional;

4. Mana-mana agensi penarafan atau agensi bagi perlindungan kredit kepada YaPEIM sama ada secara langsung / tidak langsung;

5. Mana-mana pihak seperti yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang atau mana-mana kerajaan, separa kerajaan, pentadbiran,            badan kawal selia / penyeliaan atau pihak berkuasa, mahkamah atau tribunal;

6. Mana-mana agensi rujukan kredit yang YaPEIM gunakan bagi menilai kredit atau meneliti kredit dan pihak berkaitan dengan produk                KumpulanYaPEIM yang disediakan oleh pihak YaPEIM kepada anda;

7. Agensi-agensi pencegahan penipuan, institusi-institusi kewangan yang lain dan mana-mana ejen, atau organisasi-organisasi lain; dan

8. Mana-mana penjamin atau pembekal cagaran bagi kemudahan pembiayaan.

 

Pemprosesan data peribadi anda untuk Tujuan yang disebut bertempat di dalam Malaysia. Sekiranya data peribadi anda perlu diproses, digunakan, mungkin dipindahkan atau disimpan untuk Tujuan tersebut di lokasi luar Malaysia, pihak YaPEIM akan mengambil langkah yang sepatutnya bagi memastikan data peribadi anda selamat dan selaras dengan

 

Kenyataan Privasi ini untuk Tujuan yang tersebut.

 

DATA / MAKLUMAT PIHAK KETIGA

 

Di mana anda perlu menyediakan data dan maklumat peribadi berkaitan dengan orang lain termasuk pemohon-pemohon bersama, pasangan anda, pihak berkaitan dengan orang berhubung kecemasan bagi menyokong Tujuan tersebut, anda menjamin dan menyatakan bahawa anda telah mendapatkan keizinan mereka atau anda berhak untuk memberikan maklumat mereka kepada pihak YaPEIM.

 

PERSETUJUAN & PERUBAHAN KEPADA KENYATAAN PRIVASI INI

 

Dengan menandatangani borang ini, anda seterusnya mengesahkan bahawa kesemua data peribadi (termasuk data peribadi sensitif) yang telah anda berikan adalah semuanya benar, terkini dan tepat. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan pada mana-mana data peribadi atau tidak bersetuju untuk dihubungi bagi tujuan pemasaran langsung atau untuk memilih keluar daripada aktiviti penjualan silang, anda perlu memaklumkan kepada pihak YaPEIM dengan serta-merta. Anda juga berhak mengemaskini dan memperbetulkan data anda di pusat perhubungan kami di alamat yang tertera.

 

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) 
Tingkat 8, Grand Seasons Avenue
No. 72, Jalan Pahang
Beg Berkunci 11012
50732  Kuala Lumpur

 

Telefon: +603-2717 2717 /2666 Faks: +603-2717 2788 / 2662
Email: http://yapeim.net.my/hubungi-kami

 

Muat Turun  versi PDF